GET BACK TO WORK AND FIX MAS!
"Sementara itu, BN pada hakikatnya mendahului pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang bertanding atas tiket masing-masing."
Hakikat sebenar tentang undi popular yang dijaja pembangkang
bagi mengelirukan rakyat hanyalah diperoleh melalui pengundi-pengundi Cina dari
empat buah negeri yang mempunyai ramai penduduk kaum itu.
Memetik
blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/pakatan-rakyat-lost-popular-vote-in-9.
pembangkang
hanya memperoleh kelebihan undi di lima buah negeri yang mana empat daripadanya
iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri-negeri
yang mempunyai populasi kaum Cina terbesar.
Satu lagi
negeri yang turut memihak kepada pembangkang ialah Kelantan, hanya memperoleh
kelebihan 57,332 undi yang dianggap sangat tipis.
"Di
mana-mana negeri yang mana orang Melayu adalah dominan seperti di Kelantan,
Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah memenangi undi mereka.
"Sebaliknya
di empat negeri tersebut, kelebihan undi yang mereka peroleh daripada kaum Cina
begitu ketara, contohnya Perak dengan 111,893 undi, Pulau Pinang (263,004),
Selangor (359,256) dan Kuala Lumpur (198,084)," kata blog itu yang membuat
analisis melalui jadual undi popular yang dikeluarkan oleh portal
propembangkang, Malaysiakini.
Menurut blog itu, jumlah kesemua lebihan undi yang
memihak kepada pembangkang di kelima-lima negeri tersebut adalah 989,569
sedangkan undi popular yang mengatasi BN di seluruh negara hanya 361,101.
"Jelas
di sini, 989,569 undi majoriti yang pembangkang peroleh telah disusutkan oleh
BN dengan kelebihan undi di sembilan negeri lain, menyebabkan undi majoriti
akhirnya hanya tinggal 361,101.
"Dengan
majoriti 989,569, mereka sepatutnya boleh menang besar. Tetapi kenapa mereka
masih juga tidak menang? Ini kerana sebahagian besar undi itu hanya diperoleh
daripada pengundi Cina dari keempat-empat negeri tersebut," kata blog itu.
Daripada
analisis tersebut, blog itu menyimpulkan bahawa pembangkang tidak mewakili undi
majoriti daripada pengundi Melayu.
"Sebab
itu pembangkang tidak boleh menang pilihan raya umum ini, mereka tiada undi
daripada orang Melayu," kata blog itu.
Sementara itu, BN pada hakikatnya mendahului
pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan
Pas yang bertanding atas tiket masing-masing.