Friday 31 May 2013

STOP SPINNING,

GET BACK TO WORK AND FIX MAS!

"Sementara itu, BN pada hakikatnya mendahului pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang bertanding atas tiket masing-masing."

Hakikat sebenar tentang undi popular yang dijaja pembangkang bagi mengelirukan rakyat hanyalah diperoleh melalui pengundi-pengundi Cina dari empat buah negeri yang mempunyai ramai penduduk kaum itu.

Memetik blog http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/05/pakatan-rakyat-lost-popular-vote-in-9. pembangkang hanya memperoleh kelebihan undi di lima buah negeri yang mana empat daripadanya iaitu Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur merupakan negeri-negeri yang mempunyai populasi kaum Cina terbesar.

Satu lagi negeri yang turut memihak kepada pembangkang ialah Kelantan, hanya memperoleh kelebihan 57,332 undi yang dianggap sangat tipis.
"Di mana-mana negeri yang mana orang Melayu adalah dominan seperti di Kelantan, Barisan Nasional (BN) sebenarnya telah memenangi undi mereka.
"Sebaliknya di empat negeri tersebut, kelebihan undi yang mereka peroleh daripada kaum Cina begitu ketara, contohnya Perak dengan 111,893 undi, Pulau Pinang (263,004), Selangor (359,256) dan Kuala Lumpur (198,084)," kata blog itu yang membuat analisis melalui jadual undi popular yang dikeluarkan oleh portal propembangkang, Malaysiakini.

Menurut blog itu, jumlah kesemua lebihan undi yang memihak kepada pembangkang di kelima-lima negeri tersebut adalah 989,569 sedangkan undi popular yang mengatasi BN di seluruh negara hanya 361,101.

"Jelas di sini, 989,569 undi majoriti yang pembangkang peroleh telah disusutkan oleh BN dengan kelebihan undi di sembilan negeri lain, menyebabkan undi majoriti akhirnya hanya tinggal 361,101.
"Dengan majoriti 989,569, mereka sepatutnya boleh menang besar. Tetapi kenapa mereka masih juga tidak menang? Ini kerana sebahagian besar undi itu hanya diperoleh daripada pengundi Cina dari keempat-empat negeri tersebut," kata blog itu.
Daripada analisis tersebut, blog itu menyimpulkan bahawa pembangkang tidak mewakili undi majoriti daripada pengundi Melayu.
"Sebab itu pembangkang tidak boleh menang pilihan raya umum ini, mereka tiada undi daripada orang Melayu," kata blog itu.


Sementara itu, BN pada hakikatnya mendahului pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang bertanding atas tiket masing-masing.